Seringkali kita melihat usahawan
bumpiputera yang pada asalnya sangat begitu bersemangat menubuhkan
sesuatu perniagaan tetapi tiba-tiba berasa gagal dan terpaksa berundur
semula. Mengapa? Kerana kebanyakan dari kita tidak dilahirkan dari
keluarga usahawan. Kita tidak ada orang untuk di contohi, tempat untuk
bertanya dan guru untuk dirujuk apabila dilanda masalah dalam perniagaan
Atas kesedaran itulah, CoachNiaga berasa
terpanggil untuk mengumpulkan usahawan hebat, berjaya dan telah layak
dijadikan mentor dan coach untuk membantu usahawan lain yang sangat
memerlukan bimbingan dan masih tercari-cari gurunya.
Kami akan menghubungkan anda kepada
mentor-mentor / coach-coach yang sesuai di dalam industri perniagaan
yang sedang atau akan anda jalanakan. Kami harap dapat melahirkan lebih
ramai usahawan bumiputera yang berjaya di bawah mentor-mentor /
coach-coach pilihan ini.